Friday, 30 December 2011

cara rawat sakit mental (http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=15318)

Jenis-Jenis Penyakit Mental Yang Perlukan Rawatan /SPAN>
  • Neurosis � Psikosis
  • Penyakit mental organik seperti nyanyuk
  • Gangguan personaliti
  • Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif
  • Ketagihan dadah dan alcohol
  • Percubaan membunuh diri
Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal, psikologi dan social.
i. Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti /SPAN>
  • Kaunseling
  • Psikoterapi
  • Tingkah laku

Rawatan Sosial
Rawatan Fizikal Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan.
Rawatan Psikologi
Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi.

Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:
a. Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit.
b. Aspek pengambilan ubat
c. Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.
d. Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.

PSIKOTERAPI

Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu.

Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:-
a. Psikoterapi dinamik
b. Psikoterapi kognitif
c. Psikoanalitik psikoterapi
Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini, hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik.

Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca (dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula.

Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.

Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan yang mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.

Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personality dan permasalahan yang hampir serupa.

Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan
cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi.

Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi
Higland Tower.


TERAPI TINGKAHLAKU
Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.

Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.

Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi social mereka biasanya terganggu.

Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.

Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.


SOSIAL - Latihan Asertif
Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya tidak asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan, pesakit menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang kehilangan rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya.

Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan.

KOMUNITI
Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit. Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka.

Rawatan Sosial
Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.
Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif
Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang ramai dan cara mereka bertindak.

Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain. Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

MENGATASI SAKIT MENTAL (http://sesaljubayu.blogspot.com/2010/06/mengatasi-sakit-mental.html)

BERBAGAI faktor telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada penyakit mental seperti kekecewaan, kegagalan dalam pelajaran, tekanan hidup serta faktor persekitaran dan masyarakat sekeliling.

Sebenarnya masalah sakit mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan kita tidak sahaja perlu mengetahui faktor penyebab tetapi apa yang lebih penting kita juga perlu mengetahui bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit mental daripada menghampiri kita.

Sedar atau tidak penyakit mental hampir sama dengan penyakit yang lain yang mana kita perlu menghindarinya setiap masa dalam kita menjalani hidup ini. Malahan sesiapa sahaja terdedah dengan penyakit mental. Ada cara yang senang untuk kita ikuti bagi mengelakkan diri kita sendiri terjebak dengan penyakit mental atau diserang penyakit mental.

Yang pertama adalah apabila kita melakukan sesuatu perlulah bersandarkan kepada agama. Dalam hal ini, agama perlu dijadikan sebagai pedoman dalam apa sahaja yang kita lakukan. Ilmu agama perlu kuat kerana kita memerlukan kekuatan agama dalam diri untuk kita menangkis segala gejala negatif yang merosakkan diri dan jiwa. Apabila kekuatan agama ada dalam diri kita, secara tidak langsung ia akan mendidik jiwa kita untuk bersabar, mengelakkan diri dari membunuh diri sendiri, memilih mana yang baik mana yang salah dan apa yang lebih penting kekuatan agama membimbing kita menentukan apa yang terbaik untuk diri kita.

Seterusnya apabila kita menghadapi sesuatu masalah, janganlah mudah melatah dengan mengurungkan diri, tidak bercakap dengan orang, suka menyendiri, dan memarahi orang lain. Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah dengan berkongsi masalah dengan orang lain yang hampir dengan kita, seperti ahli keluarga dan rakan-rakan dan akhir sekali jika didapati masalah itu terlalu kompleks dan memerlukan pendapat orang luar, cubalah berjumpa dengan kaunselor pula. Anda sedari atau tidak, sebenarnya masalah kita adalah kita sendiri yang menyelesaikannya. Orang lain tidak mampu untuk menghuraikan kesemua masalah kita, kerana hanya kita yang tahu siapa diri kita. Jadi apa yang diperkatakan tadi, hanyalah sebagai faktor pembantu dalam penyelesaian sesuatu masalah. Namun ia sangat berperanan dalam membantu menyelesaikan masalah kita. Apa yang penting di sini adalah berkongsi masalah dengan orang lain akan menyebabkan kita tenang dan memberikan kita pilihan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Ketiga, apabila ditimpa kekecewaan seperti gagal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, gagal dalam percintaan, dan gagal mendapat kerja yang diimpikan tidak seharusnya mengheret kita untuk melayani kekecewaan tersebut seperti cuba membunuh diri, merosakkan diri dengan mengambil dadah, pil ekstasi, pil penenang dan sebagainya.

Setiap dari kita perlu tahu bahawa apa yang berlaku pada kita ada hikmah di sebaliknya yang kita tidak tahu. Apa yang kita tidak dapat pada hari ini, mungkin kita akan dapat sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Cuma kita perlu berusaha ke arah itu.

Keempat, selalulah kita mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Harus disedari bahawa prinsip suka menyendiri akan cenderung ke arah sakit mental. Ini kerana menyendiri akan menyebabkan kita mudah mengikut rasa dan nafsu, apatah lagi kita akan mudah mengikut telunjuk syaitan. Justeru itu dalam hidup ini, kita perlu mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga dan rakan-rakan. Sedarlah kita perlu hidup bermasyarakat, dan tidak perlu kita menjadi “kera sumbang” kerana siapalah kita tanpa masyarakat.

sakit mental (http://drsalmi.blogspot.com/2008/04/blog-post.html)

KEMURUNGAN
(MAJOR DEPRESSION)
Emosi
Tuhan telah menganugerahkan kita berbagai emosi ; gembira, susah hati, resah, tenang, cinta dan pelbagai lagi perasaan yang mewarnai hidup kita ini . Perasaan susah hati , gundah gulana, murung merupakan contoh emosi yang menggambarkan kesedihan.

Ia mempunyai spektrum daripada perasaan sedih yang tidak ketara kepada kesedihan yang melampau. Perasaan kita juga berubah-ubah dan berterusan dalam tempoh-tempoh tertentu. Si isteri mungkin merasa sedih selama dua atau tiga jam jika dimarahi suami dan kemudian gembira semula setelah keluar membeli-belah . Si isteri juga boleh merasa sedih sehingga berbulan-bulan jika kematian suami. Persoalannya, adakah semua perasaan sedih itu normal ?. Perlukah kita berjumpa doktor hanya kerana kita merasa sedih?.

Kemurungan (Major Depression)
Kemurungan atau depression adalah satu istilah perubatan yang menggambarkan perubahan emosi yang keterlaluan. Ia bukan lagi emosi normal tetapi suatu penyakit yang perlu dirawat.

Kenapa kemurungan perlu dirawat?
Kemurungan perlu dirawat kerana ia merupakan penyakit yang boleh merosakkan diri kita melalui pelbagai aspek. Penyakit kemurungan menyebabkan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Pesakit yang mengalami kemurungan tiada tenaga, tiada motivasi, sakit-sakit badan dan tidak bermaya untuk bekerja seperti biasa. Mereka akan ponteng bekerja, prestasi merosot dan menimbulkan masalah dengan majikan. Keluarga pesakit juga mendapat efek negatif kerana pesakit tidak lagi berfungsi sebagai suami , isteri atau ibubapa yang bertanggungjawab lagi Mereka tidak menjalankan tugas seharian dengan baik, hilang pertimbangan dan tiada kawalan diri.

Di peringkat yang teruk, pesakit mempunyai perasaan bersalah, tidak berguna dan akhirnya ingin membunuh diri. Psikosis juga boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat dengan segera.

Apakah tanda-tanda kemurungan?
Tanda-tanda utama kemurungan adalah perasaan sedih, tidak gembira atau tidak ceria yang berlarutan melebihi dua minggu. Perubahan biologi (seperti perubahan tidur, berat badan, selera makan , nafsu seks, tenaga dan sakit-sakit badan) dan perubahan kognitif ( seperti kurang tumpuan, mudah lupa, rasa bersalah, tiada keyakinan, putus harapan, rasa tidak berguna dan membunuh diri) juga boleh berlaku ( Rujuk gambarajah)


Terdapat juga pesakit yang mempunyai kemurungan atipikal. Kemurungan Atipikal ( Atypical depression) adalah kemurungan yang berlaku dengan tanda-tanda yang luar daripada biasa seperti selera makan yang bertambah (pesakit yang terlalu stress makan banyak untuk hilangkan stress), berat badan akan bertambah (kerana makan dengan banyak) dan mereka juga banyak tidur. Ini berbeza daripada kemurungan biasa di mana pesakit tiada selera makan, berat badan menurun dan susah untuk tidur.
Bagi kanak-kanak dan orang tua pula, mereka mungkin mempunyai tanda-tanda kemurungan yang tidak ketara dan sukar dikesan kerana mereka mempunyai tanda-tanda yang berbeza yang dipanggil masked depression. Bagi kanak-kanak dan remaja kemurungan sukar dikesan kerana mereka mungkin mempunyai tanda-tanda seperti masalah tingkahlaku , sakit-sakit perut, histeria sebagai presentasi kemurungan. Bagi orang tua pula, kebanyakan mereka mempunyai masalah-masalah seperti gastritis, sakit kepala, sakit sendi, mudah lupa dan pseudodementia sebagai tanda kemurungan.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat kemurungan?
Jantina: Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi lebih ramai wanita mengalami kemurungan berbanding lelaki . 15 - 25% kaum wanita boleh mendapat penyakit ini.
Umur: Purata pesakit berumur 40 tahun. 50% daripada mereka yang mengalami kemurungan berumur antara 20-50 tahun. Kemurungan juga boleh berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang tua.
Taraf perkahwinan: Kemurungan lebih kerap berlaku di kalangan individu yang tiada pasangan hidup seperti duda, janda dan balu berbanding individu yang berkahwin.
Keluarga : Kemurungan adalah penyakit turun temurun. Jika anda mempunyai keluarga ( seperti ibu, bapa atau adik-beradik) yang mengalami penyakit ini, anda 2-3 kali lebih daripada orang lain untuk mendapat kemurungan
.
Apakah penyebab kemurungan?
Kemurungan disebabkan oleh interaksi faktor-faktor biopsikososial.
Di antara faktor psikososial kemurungan:
  • Masalah sosial seperti menjadi mangsa penganiayaan , penderaan fizikal atau seksual, kematian orang tersayang, putus cinta, kesempitan wang, gagal dalam pekerjaan, pelajaran dan lain-lain lagi. Masalah sosial ini mungkin telah lama dialami tetapi masih menjadi memori kepada pesakit dan boleh mencetus kemurungan.
  • Cara menyelesaikan masalah: Kemurungan lebih mudah berlaku di kalangan individu yang tidak tahu cara yang baik untuk menyelesaikan masalah. Individu yang mempunyai Coping Strategy dan problem solving technique yang betul dan produktif lebih mudah menangani masalah dan kurang risiko untuk murung.
  • Personaliti. Tiada satu personaliti tertentu yang menyebabkan individu mendapat kemurungan, tetapi terdapat individu yang mempunyai personaliti tertentu seperti terlalu obsessif ( terlalu teliti, bercita-cita tinggi dll), dependent ( bergantung kepada orang lain dan non assertive ( tidak mampu menegakkan hak sendiri) yang mudah mendapat kemurungan.
Diantara faktor biologi kemurungan:
  • Ketidakseimbangan neurotransmitter (seperti serotonin, noradrenalin, dopamin) dan reseptor ( seperti reseptor 5 HT2, ) yang penting dalan fungsi otak dan saraf
  • Ketidakseimbangan regulasi hormon seperti hormon kortisol dan tiroid
  • Patologi di otak seperti dilatasi ventrikel, patologi limbik sistem, prefrontal dan basal ganglia
  • Faktor genetik
  • Jangkitan virus di awal kelahiran atau di peringkat janin.
Bagaimana kemurungan di rawat?
Rawatan kemurungan adalah menyeluruh berdasarkan prinsip biopsikososial dan spiritual
Rawatan juga bergantung kepada keterukan (severity) penyakit ini.
Pesakit yang mengalami kemurungan serius
Pesakit yang mendapat kemurungan serius perlu dimasukkan ke hospital . Diantara tanda-tandanya:
  • merbahaya kepada diri sendiri ( cth: perasaan atau cubaan bunuh diri, tidak mahu makan dan minum sehingga kesihatan terjejas)
  • merbahaya kepada orang lain ( cth: perasaan benci keterlaluan sehingga berniat mencederakan atau membunuh orang lain)
  • mempunyai tanda-tanda psikosis yang keterlaluan
Ubat-ubatan:
  • Ubat antidepressant perlu untuk menangani kemurungan dan di beri sehingga pesakit benar-benar sembuh dan boleh berfungsi semula dengan baik
  • Ubat antianxiety perlu untuk menangani keresahan tetapi diberi untuk tempoh yang singkat
  • Ubat sleeping pill di beri jika perlu untuk memudahkan pesakit tidur dan rehat dengan cukup tetapi untuk tempoh yang singkat.
Rawatan Psikososial :
  • Berbincang cara penyelesaian masalah ( problem solving technique)
  • Berbincang cara meluahkan dan menangani kemarahan ( anger management)
  • Berbincang cara terbaik menangani stress ( stress management & coping skill)
  • Mendapat penjelasan tentang penyakit, rawatan dan komplikasi (Psychoeducation)
  • Perbincangan tentang menyelesaikan masalah kewangan dan masalah sosial lain melalui rujukan kepada agensi berkenaan
Psikoterapi ( RUJUK PSIKOTERAPI)- mengikut kesesuaian
  • Supportive psychotherapy
  • Cognitive Behavioural Therapy (CBT)
  • Interpersonal Psychotherapy (IPT)
  • Psychodynamic psychotherapy
  • Family therapy
  • Group Therapy
Pesakit yang mengalami kemurungan ringan dan mempunyai sokongan keluarga yang baik boleh memilih untuk bantuan psikososial dan psikoterapi sahaja.
Untuk pengetahuan lebih lanjut sila rujuk: Malaysian Psychiatric Association ( Practice Guideline ;Management of Major Depressive Disorder 2007)

Thursday, 29 December 2011

3 tahun menganggur,..

Aku membaca blog seseorang yang aku tak kenal, secara kebetulan aku terjumpa blog dia sewaktu searching di internet mengenai cinta yang hilang...she is a strong woman...kalaulah aku sekuat dia...ya, aku pasti boleh....

tahun 2012 genaplah aku bergelar graduan ijazah utk tahun ke 4..kwn2 aku ramai dah kahwin, ada keje tetap, ada rumah, ada anak, ada kereta...tapi aku?? masih lagi tercari2 dan masih tak ada apa2 yang aku miliki kecuali sebuah motorsikal buruk yang abg aku belikan dari kawan dia...aku dah habis bayar ansuran tapi belum tukar nama sebab abg aku kata tak perlu tukar...aku rasa tahun 2012 nie, aku nak berhijrah la..sebab dah 3 tahun aku kat melaka nie, tak ada peluang utk aku...maybe rezeki aku kat luar melaka...sapa yang tahu kan...apa2pun, life still must go on..

Di Dalam Sepi Itu -Sudirman

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa

 

Murtad 3 kali...

aku ingin berkongsi sesuatu yang aku copy paste dari web http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/masuk-islam-lagi.htm...

Islam berarti ketundukan dan kepasrahan kepada Allah SWT. Hal itulah yang menjadikan seorang muslim berkomitmen dan berpegang teguh dengan segala aturan yang dituangkan Allah SWT didalam agama-Nya dengan menjalankan segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Merekalah orang-orang yang betul-betul berpegang dengan tali Allah secara kuat, firman Allah SWT :

وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Artinya : “Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.” (QS. Luqman : 22)

Mereka adalah orang-orang yang memurnikan keimanannya kepada Allah SWT dari segala bentuk kemusyrikan, kekufuran dan kemunafikan dan menjauhi segala bentuk peribadahan yang ditegakkan tanpa adanya sikap ihsan—beribadah dengan keyakinan bahwa dirinya disaksikan Allah SWT--.
Karena itu Allah SWT hanya menerima Islam sebagai agama-Nya bahkan mengatakan mereka yang beragama dengan selainnya dipastikan akan mengalami kerugian di akherat, sebagaimana firman-Nya :

Artinya : “Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam.” (QS. Al Imran : 19)

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Artinya : “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (QS. Al imran : 85)

Ayat ini menjelaskan bahwa setiap muslim yang tetap istiqomah di dalam keislamannya dan meninggal dalam keadaan muslim maka ia masuk syurga Allah SWT dan sebaliknya seorang kafir dan terus berada didalam kekafirannya hingga meninggal masih dalam kedaan kafir maka ia akan menjadi penghuni neraka.
Adapun seorang yang tadinya muslim kemudian keluar dari keislamannya sedangkan dirinya sudah mencapai usia baligh, berakal dan mampu menentukan pilihan maka orang itu disebut dengan murtad.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ آمَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ازْدَادُواْ كُفْرًا لَّمْ يَكُنِ اللّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلاَ لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلاً

Artinya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.” (QS. An Nisaa : 137)

Jika seorang yang murtad dari Islam kemudian bertekad kembali kepada Islam maka pintu taubat Allah SWT senantiasa terbuka baginya selama dirinya betul-betul melakukan taubat nashuha.
Namun para ulama berbeda pendapat terhadap orang yang kemurtadannya terjadi berulang-ulang hingga lebih dari tiga kali :
1. Para ulama Hambali, riwayat dari para ulama Hamafi dan juga Malik berpendapat bahwa tidaklah diterima taubat orang yang berulang-ulang murtad berdasarkan firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ آمَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ازْدَادُواْ كُفْرًا لَّمْ يَكُنِ اللّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلاَ لِيَهْدِيَهُمْ سَبِيلاً

Artinya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kamudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus.” (QS. An Nisaa : 137)

Artinya : “Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah beriman, kemudian bertambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan diterima taubatnya; dan mereka Itulah orang-orang yang sesat.” (QS. Al Imron : 90)

Karena berulang-ulangnya sikap murtad menunjukkan kerusakan aqidahnya dan kurangnya kepedulian kepada agamanya maka orang itu harus dibunuh.

2. Para ulama Syafi’i dan pendapat yang masyhur dikalangan para ulama Hanafi dan Maliki berpendapat bahwa taubat seorang yang murtad diterima walaupun kemurtadannya terjadi berulang-ulang, berdasarkan firman Allah :

قُل لِلَّذِينَ كَفَرُواْ إِن يَنتَهُواْ يُغَفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ وَإِنْ يَعُودُواْ فَقَدْ مَضَتْ سُنَّةُ الأَوَّلِينِ

Artinya : “Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu; dan jika mereka kembali lagi. Sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah terhadap) orang-orang dahulu ". (QS. Al Anfal : 38)

Sabda Rasulullah SAW,”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengatakan,’Laa Ilaha Illallah’ dan apabila mereka mengatakan ‘Laa Ilaha Illallah’ maka terpeliharalah dariku agama dan harta mereka kecuali dengan haknya dan hisab mereka pada Allah SWT.”

Mereka juga menegaskan bahwa seorang yang murtad berkali-kali apabila bertaubat untuk yang kedua kalinya harus diancam dengan pukulan atau dikurung dan tidak dibunuh.

Ibnu Abidin mengatakan bahwa apabila orang itu murtad untuk yang kedua kalinya kemudian bertaubat maka Imam harus memukulnya dan memberikan kebebasan kepadanya dan jika ia kembali murtad untuk yang ketiga kalinya kemudian bertaubat maka ia harus dipukul dengan pukulan yang menyakitkan dan dikurung sehingga tampak padanya bekas-bekas taubat kemudian diberikan kebebasan. Dan jika dia kembali murtad maka diperlakukan seperti itu lagi selamanya sehingga dia kembali kepada Islam, seperti ini pula pendapat para ulama Maliki dan Syafi’i. (al Mausu’ah al Fiqhiyah juz II hal 4959)

Jadi pintu taubat bagi teman anda untuk kembali kepada islam setelah kemurtadannya yang berulang-ulang masih tetap terbuka selama taubatnya itu dilakukan dengan penuh kesungguhan lahir maupun batin bukan seperti taubat-taubat yang dilakukan sebelumnya.
Adapun mereka yang tidak diterima taubatnya—sebagaimana disebutkan didalam surat al-Imran : 90 — adalah mereka yang tidak bertaubat dari kekafiran dan kemusyrikan yang telah dilakukannya dengan kembali kepadaI slam.
Tentang surat An Nisaa ayat 137 ini, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan pendapat Mujahid dan para mufassir lainnya yaitu mereka bertambah kekafirannya dan terus teguh dalam kekafiran itu hingga mereka meninggal.
Ibnu Taimiyah kemudian mengatakan bahwa hal itu dikarenakan seorang yang bertaubat adalah yang kembali dari kekafirannya dan barangsiapa yang tidak bertaubat (darinya) maka sesungguhnya ia adalah orang yang terus menerus berada didalam kekafiran setelah kekafirannya.’

Sedang firman-Nya “kemudian bertambah kekafirannya” seperti seorang yang mengatakan,”Kemudian mereka berada didalam kekafiran dan terus menerus didalam kekafiran dan masih teguh dengan kekafirannya setelah keislaman mereka kemudian bertambah lagi kekafiran mereka dan tidak terdapat pengurangan didalam kekafirannya itu maka merekalah orang-orang yang taubatnya tidak diterima yaitu taubat yang dilakukannya tatkala menjelang kematiannya.
Karena orang yang bertaubat sebelum saat-saat kematiannya adalah orang yang bertaubat dengan segera dan kembali dari kekafirannya maka hal itu tidaklah menambah kekafirannya akan tetapi menguranginya. Hal itu berbeda dengan seorang yang terus menerus berada didalam kekafiran hingga waktu yang ditentukan yang tidak ada lagi waktu baginya untuk mengurangi kekafirannya apalagi meruntuhkan kekafiran itu. (Majmu’ al Fatawa juz XVI hal 30)
Bersegeralah wahai saudaraku untuk bertaubat dengan sebenar-benarnya karena pintu taubat itu masih terbuka, kembalilah ke jalan Allah swt, perkuatlah hubungan anda dengan-Nya dengan ibadah-ibadah yang diperintahkan terutama shalat lima waktu. Cintailah rasul-Nya, Muhammad SAW dengan menerapkan sunnah-sunnahnya didalam kehidupan anda.
Baca dan pelajarilah Al Qur’an karena ia adalah tali Allah yang kuat yang menghubungkan anda dengan-Nya dan penunjuk jalan kehidupan anda meraih kebahagiaan di dunia dan akherat. Jauhilah setan dengan segala bisikannya yang terus dihembus-hembuskan kedalam hati anda demi menimbulkan berbagai keraguan akan kebenaran islam dan memalingkan anda dari jalan kebenaran. Kemudian pelajarilah Islam dari sumbernya yang benar yang bersandar kepada Al Qur’an, sunnah dan pendapat para ulama yang dipercaya baik para ulama terdahulu maupun yang belakangan.
Wallahu A’lam

Life Must Go On

assalamualaikum.. salam bicara pembuka kata bagi blog yang baru aku hasilkan ini.. hidup ini terdapat pelbagai kisah suka duka dan adakalanya membuat kita rasa tersiksa dan adakalanya membuat kita merasa bahagia... namun apa jua yang berlaku, hidup mesti diteruskan dan melihat ke belakang bagaikan suatu tindakan kurang bijak sekiranya kisah lalu memberi kesan kepada kehidupan kita di masa kini dan akan datang...past is past and the future is still in our hand..sudah lumrah manusia melakukan kesilapan tetapi jika berubah dan memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan dan memastikan kesilapan lama tak berulang lagi, kita pasti akan dapat teruskan hidup dengan sebaiknya...kita hanya akan boleh hidup gembira di masa depan selepas kita berjaya melepaskan kisah silam suka duka di masa lalu...oleh itu, lembaran blog ini akan menjadi medan untuk aku berbicara untuk membantu aku melupakan kisah lama dan menjadi seorang lelaki yang berfikiran matang, terbuka dan rasional....insyaAllah...