Thursday 29 December 2011

Life Must Go On

assalamualaikum.. salam bicara pembuka kata bagi blog yang baru aku hasilkan ini.. hidup ini terdapat pelbagai kisah suka duka dan adakalanya membuat kita rasa tersiksa dan adakalanya membuat kita merasa bahagia... namun apa jua yang berlaku, hidup mesti diteruskan dan melihat ke belakang bagaikan suatu tindakan kurang bijak sekiranya kisah lalu memberi kesan kepada kehidupan kita di masa kini dan akan datang...past is past and the future is still in our hand..sudah lumrah manusia melakukan kesilapan tetapi jika berubah dan memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan dan memastikan kesilapan lama tak berulang lagi, kita pasti akan dapat teruskan hidup dengan sebaiknya...kita hanya akan boleh hidup gembira di masa depan selepas kita berjaya melepaskan kisah silam suka duka di masa lalu...oleh itu, lembaran blog ini akan menjadi medan untuk aku berbicara untuk membantu aku melupakan kisah lama dan menjadi seorang lelaki yang berfikiran matang, terbuka dan rasional....insyaAllah...

No comments:

Post a Comment